Teknik Belajar : Teknik Membuat Jadual Belajar

Jadual belajar amat perlu . Ia merupakan satu aspek pengurusan masa. Ia adalah satu ikatan atau disiplin diri, untuk memanfaatkan masa yang terluang. Setelah ditolak masa di sekolah, masa tidur, masa bersukan, masa makan, masa tuisyen ( atau kelas tambahan ) dan lain-lain.

Jadual belajar juga merupakan alat pembahagian di antara semua mata pelajaran yang perlu diberi perhatian. Pembahagian tersebut berdasarkan kepentingan mata pelajaran dan juga kelemahan setiap calon. Jadi jumlah masa belajar untuk setiap mata pelajaran berbeza-beza.

Langkah pertama dalam membuat jadual belajar ialah tetapkan masa belajar. Contohnya,
Hari Ahad          : 9.00 pagi - 10.00 pagi
                       : 10.30 pagi - 12.00 tengah hari
                       : 2.00 petang - 3.30 petang
                       : 3.30 petang - 5.00 petang
                       : 8.30 malam - 10.00 malam
                       : 10.00 malam - 11.30 malam

Hari Isnin           : 2.30 petang - 4.00 petang
                       : 4.00 petang - 5.30 petang
                       : 8.30 petang - 10.00 malam
                       : 10.00 malam - 11.30 malam

Langkah kedua, ialah mengagihkan kekerapan setiap mata pelajaran, berdasarkan keentingan dan kelemahan diri. Contohnya,
  • Matematik - 4 kali seminggu

  • Bahasa Inggeris - 2 kali

  • Sejarah - 4 kali

  • dan seterusnya


  • Langkah ketiga, ialah menyediakan jadual yang menggabungkan masa belajar dan agihan mata pelajaran yang disebut di atas.



    PERHATIAN

    • Oleh kerana masa yang boleh digunakan untuk belajar , berbeza mengikut hari , maka jadual belajar perlu dibuat berasingan. Iaitu setiap hari.
    • Masa untuk tidur malam yang sebaik-baiknya ialah antara 11.30 malam hingga 6 .00 pagi.
    • Masa belajar 1 jam 30 minit yang diberi di atas hanya contoh sahaja. Ia boleh dikurangkan kepada 40 minit atau 75 minit atau sebagainya .
    • Pematuhan kepada jadual, tidak semestinya 100%, kerana pelajar mungkin terpanggil untuk sesuatu tugasan tertentu sama ada yang diperlukan oleh sekolah atau keluarga.

    Tips Belajar Berkesan

    12 Tips Belajar Berkesan

    1. Jaga hubungan dengan tuhan
    - buat apa yang disuruhdan  tinggalkan laranganNya.

    2. Jaga hubungan dengan manusia
    - hubungan dengan ibu bapa/ suami/ isteri dan keluarga
    - hubungan dengan guru
    - hubungan dengan rakan dan jiran
    - jangan mengumpat, sombong, riak atau meninggi diri
    - saling bermaaf-maafan

    3. Jaga hubungan dengan alam sekitar
    - jaga kebersihan diri dan persekitaran
    - tidak membuat pencemaran mahupun vandalism

    4. Jaga pemakanan
    - makan makanan dari sumber yang halal
    - makan makanan berkhasiat dan seimbang
    - makan makanan untuk menyihatkan otak
    - hindarkan makanan segera dan rapu

    5. Berdoa setiap kali sebelum dan sesudah belajar

    6. Bersenam/ bersukan

    7. Kenalpasti dan amalkan teknik-teknik belajar yang sesuai dengan diri

    8. Bawa dan baca nota poket ke mana-mana anda pergi

    9. Berkongsi-kongsi ilmu
    - berbincangan dengan guru dan rakan
    - membantu rakan-rakan yang lemah

    10. Memberi makan/ bersedekah dengan ikhlas
    - jangan kedekut. Bersedekahlah walaupun 10sen

    11. Sentiasa gembira dan bertenang (hindari /atasi dari rasa stress)

    12. Belajar di tempat yang selesa dan bersih dan harum

    Teknik Belajar : Teknik Membuat Nota Ringkas/ Nota Poket

    Teknik Membuat Nota Ringkas/ Nota Poket

    1. Pilih satu tajuk dan baca nota.
    2. Faham kandungan secara umum untuk menentukan fakta atau pokok persoalan .
    3. Baca dan garis fakta.
    4. Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang digariskan dengan nota asal .
    5. Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain.
    6. Faham fakta dan kaitannya dengan keseluruhan fakta daripada tajuk itu .
    7. Susun fakta ( jika perlu ).
    8. Cuba tulis semula fakta-fakta tanpa melihat fakta-fakta yang telah ditulis dahulu .
    9. Bandingkan apa yang kamu tulis.
    10. Ulang hingga kamu puas hati.
    11. Ulang membaca fakta , jika ada masa.
    12. Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji.
    13. Mulakan tajuk baru dan lakukan proses no. 1 hingga no. 12 , sehingga habis kesemua tajuk dalam sukatan pelajaran.



    Ciri-ciri Nota Ringkas/ Nota Poket Yang Baik

    1. Menggunakan perkataan sendiri bukan menyalin ayat-ayat yang dipetik daripada karangan asal.
    2. Isinya mesti disusun dengan teratur dan mengadungi perkara-perkara yang penting sahaja.
    3. Buat garisan dan tanda-tanda atau 'Highlight' di bahagian yang penting bagi menarik tumpuan apabila membaca.
    4. Gunakan simbol-simbol yang kamu dapat faham.
    5. Tinggalkan satu ruangan kosong di tepi sebelah kiri untuk dicatat sebarang tambahan atau isi penting.



    Teknik Belajar : Teknik Visual (Pembayangan)

    Teknik Belajar : Teknik Visual (Pembayangan)

    Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.

    Teknik Belajar : 2 Teknik Belajar Mudah dan Berkesan

    Teknik belajar yang berkesan penting agar, ilmu yang dipelajari dapat diingati dan diaplikiasikan dengan baik apabila diperlukan. Teknik belajar berbeza-beza mengikut kemampuan dan pengalaman seseorang pelajar. Disini, bonda ingin berkongsi 2 teknik belajar yang mudah, tetapi berkesan. Diharap dengan perkongsian ilmu ini, dapat membantu para pelajar yang masih tercari-cari teknik belajar yang berkesan untuk diamalkan. Selamat mencuba ya!

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...