- Pilih satu tajuk dan baca nota.
- Faham kandungan secara umum untuk menentukan fakta atau pokok persoalan .
- Baca dan garis fakta.
- Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang digariskan dengan nota asal .
- Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain.
- Faham fakta dan kaitannya dengan keseluruhan fakta daripada tajuk itu .
- Susun fakta ( jika perlu ).
- Cuba tulis semula fakta-fakta tanpa melihat fakta-fakta yang telah ditulis dahulu .
- Bandingkan apa yang kamu tulis.
- Ulang hingga kamu puas hati.
- Ulang membaca fakta , jika ada masa.
- Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji.
- Mulakan tajuk baru dan lakukan proses no. 1 hingga no. 12 , sehingga habis kesemua tajuk dalam sukatan pelajaran.
Ciri-ciri Nota Ringkas/ Nota Poket Yang Baik
- Menggunakan perkataan sendiri bukan menyalin ayat-ayat yang dipetik daripada karangan asal.
- Isinya mesti disusun dengan teratur dan mengadungi perkara-perkara yang penting sahaja.
- Buat garisan dan tanda-tanda atau 'Highlight' di bahagian yang penting bagi menarik tumpuan apabila membaca.
- Gunakan simbol-simbol yang kamu dapat faham.
- Tinggalkan satu ruangan kosong di tepi sebelah kiri untuk dicatat sebarang tambahan atau isi penting.
0 ulasan:
Catat Ulasan