12 cara menyedari kehamilan awal

Setiap pasangan yang berkahwin menantikan saat-saat menerima khabar kehamilan oleh isterinya. Sebuah rumah tangga yang bahagia akan menanti-nantikan saat kehamilan. Keinginan untuk memiliki anak kandung sendiri tidak dapat dipisahkan dari pasangan suami isteri. Anak merupakan penyeri kehidupan berkeluarga. Seorang isteri akan berasa sangat gembira apabila mendapati dirinya telah "berbadan dua". Namun, ramai wanita yang masih lagi bingung mengenai status dirinya. Adakah dia telah mengandung atau pun tidak? Berikut merupakan cara-cara menyedari kehamilan pada peringkat awal.

Kehamilan Awal

Terasa Mual - Tanda-tanda ini kebiasaannya terjadi pada semua wanita hamil. Ini berlaku kerana adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda disahkan hamil.

Kerap Buang Air Kecil - Tidur anda terganggu akibat kekerapan membuang air kecil, mungkin itu adalah tanda anda sudah hamil. Keadaan ini berlaku kerana tubuh anda menghasilkan cairan tambahan untuk janin anda. Walaupun kekerapan buang air kecil berlaku anda dilarang menahannya kerana boleh menjejaskan kesihatan diri anda.

Kram/Tegang Bawah Perut - Gejala ini berlaku kerana rahim akan membesar dan dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi anda. Rasa ini seakan-akan sakit sebelum datang bulan.

Mengidam - Sudah tidak asing lagi jika wanita hamil dikaitkan dengan mengidam pelbagai makanan yang pelik-pelik dan susah untuk mendapatkannya. Kebiasaannya wanita mengidam buah-buahan yang masam dan asam-asam.

Moody - Sering marah-marah pada suami dan mengalami perubahan tingkah laku. Hal ini disebabkan dari kemunculan hormon-hormon baru di dalam tubuh anda. Perubahan yang drastik daripada tidak pernah marah kepada pemarah akan berlaku saat kehamilan.

Bau Badan - Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.

Pengsan - Gejala ini berlaku kerana kekurangan gula dalam badan. Anda dinasihatkan menjaga pemakanan bagi mengelakkan berlakunya simpton ini. Makan yang cukup dapat mengelakkan berlakunya pengsan.

Rasa lelah/letih yang berlebihan - Rasa lelah/letih yang berlebih akan membuat anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.

Sembelit - Sembelit ini terjadi akibat peningkatan hormon progesterone. Hormon ini selain mengendurkan otot-otot rahim, juga berdampak pada mengendurnya otot dinding usus sehingga menyebabkan sembelit atau susah buang air besar. Namun kebaikan dari keadaan ini adalah memungkinkan peyerapan nutrisi yang lebih baik saat hamil.

Payudara Berubah - Payudara terasa lebih penuh, berat, nyeri saat ditekan, rasa geli, areola (daerah sekitar puting) menghitam, kelenjar keringat di areola menonjol seperti bintil-bintil, jaringan alur-alur biru terlihat di bawah kulit akibat masukan darah ke payudara meningkat.

Sakit Kepala (Headaches) - Gangguan sakit kepala yang sering dirasakan oleh ibu hamil diakibatkan oleh remat fisik; rasa lelah/letih, mual, lapar dan tekanan darah rendah. Sedangkan penyebab emosional iaitu adanya perasaan tegang dan depres. Selain itu, peningkatan aliran darah ke seluruh tubuh juga menyebabkan rasa pening saat ibu berubah posisi.


Dapatkan e-Book Rahsia Kehamilan dan Tips-tips Kesuburan untuk Wanita DISINI.

0 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...